Khamis, 19 Julai 2007

Doa Bulan Rejab

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Ditujukan untuk semua....

Dia Kekasih Allah (Hijjaz)

Rabu, 18 Julai 2007

@#$%^&*fikir*&^%$#@

Now, otak aku tgk fikir2 mcmana nak ngajar balik...apa2pun nak kena ready....tgk RmP...kut2 dah terlupa...almaklum dah lama bercuti....seakan dah lupa segalanya. Balik nanti nak kena survey sekolah aku, nak daftar sekolah anis nd amin. amira punya sekolah no hal coz dia still k-garten, dkt aje dgn rumah. amirul atr aje rumah nursery lama. So my probl is....risau klu sekolah aku nanti jauh sgt....dah lah skrg ni payah nak pilih...semuanya penuh...setakat jauh 25km kira ok lg...tp kalu sampai 30-40km...pening aku nanti nak drive...traffic jam takyah ckplah...meme dok kl...gitulah nasibnya.
member2 aku kat sekolah lama....dah ramai yg ambik master nd phd..tak kurang jg yg dah jadi jadi lecturer dkt maktab nd univ. napa jadi gitu...tak minat lagi kah mrk dgn profosyen guru ni...so aku mcmana nak ikut org juga kah? hi..hi..aku ni tak berpendirian sikit...tgk org gitu gini...akupun nak ikut...aku ingat...slps balik ni, nak kena plan betul2 sda nak ambil master atau terus aje jadi cikgu...eh...eh...cepatnya dah nak tukar fikiran. acah2 je tu.
So things to do...get the best way...

Happy Birthday to Anis Aliefa 17 Jul

Majlis sambutan hari jadi anis yg ke-9 tahun.... Semoga anis menjadi anak yg baik.... Ceria-cerialah selalu...
Special thanks to cik weeda sekeluarga, niza, azizul nd Iqmal...tanpa mereka majlis ini tidak akan meriah.

Isnin, 16 Julai 2007

Sampai juga ke Andorre......


Di tempat membeli souvenir

Andorre - Pas de la Case
Pekan kecil-bebas cukai. Sesuai untuk shopping kerana murah...compare to Toulouse. Handbag, parfum,cigarette etc...
Pemandangannya
Indah disebabkan keadaan sekeliling yg berbukit bukau.

Jumaat, 13 Julai 2007

anak-anakku sekalian....

setiap hari anak2 aku m'punyai jadual mrk masing2 yg tlh ditetapkan..
bila amirul bangkit dr tidur...akan menjadi tugas anis utk mengangkatnya dr tilam. amirul biasanya tidak menangis dahagakan susu coz aku telah m'upahnya sebelum aku bangkit..menjadi tugas anis juga untuk memandikan amirul sekarang ni...baru praktis 2x, anis dah mahir. dialah juga pakaikan bedak, losyen nd baju amirul..... menyalin pamperspun...anis dah cekap. 'terima kasih anis kerana menolong ibu'.
menjadi kebiasaan slps selesai sarapan, aku akan mencuci pakaian nd mengemas rumah. senang aje nak cuci pakaian coz ada washing machine yg dihadiahkan oleh `Mardeline' sblm dia balik ke Afrika tahun lalu.

aku mengajar anis, amin nd amira buku2 KBSR supaya tidak ketinggalan. Alhamdulillah anak2 aku mudah diajar....mudah nak dengar apa yang aku ajarkan. cuma aku merasa risau sedikit...coz amin masih kurang lancar membaca. aku sentiasa memaksa dia supaya membaca buku2 cerita yg dibawa dr m'sia tetapi dia agak malas...aku harap amin akan faham kenapa aku kerap menegurnya nd kdg2 memarahinya. amira pula masih dengan 'dua suku kata' spt b.a.t.a, c.a.r.a. aku harap amira boleh cepat membaca nd mengeja. syukur.. coz anis maju dalam pelajarannya. dia cekap membaca nd menyiapkan exercise yg diberikan. tahniah anis!! terus mara ke hadapan....moga menjadi pelajar yg bijak di sekolah baru nanti. Itulah impian seorang ibu...ibu mana2 pun...begitu jua.


dr sudut bacaan Quran pula..amira masih di peringkat Iqra. ada sedikit peningkatan....coz dia sudah boleh membezakan bacaan panjang-pendek. Aku memesan pd dia bhw disiplin panjang-pendek adalah mutlak dan pasti. adalah kesalahan besar!! aku risaukan amin coz dia...tidak selancar anis. balik nanti, aku kena mencari seorg ustaz untuk mengajarnya. mungkin dgn aku...dia menjadi malas. agak berbeza dgn pencapaian anis. anis mudah mengikut bacaan aku...meskipun aku tidaklah sepandai mana, cuma sedikit kepandaian dr sudut tajwid. Alhamdulillah ini hasil ajaran tok guru....iaitu mak aku sendiri. Terima kasih mak coz ilmumu aku perturunkan sedikit demi sedikit kpd anak2 ku...begitulah jua aku harapkan agar kelak anak2 aku pula memperturunkan kpd anak2 mrk....hingga ke akhirnya. Amin.

Bonnes vacances pour Marini


Selamat bercuti dari Mak uda nd Pak Uda sekeluarga. Semoga cuti Nini di M'sia membawa kegembiraan...kebahagiaan...nd membawa seribu makna...
Selamat masuk ke rumah baru...Tahniah buat Kak Nun kerana menunggu anaknya sebegitu lama untuk berpindah ke rumah barunya...Itulah hasrat nd kasih seorang ibu untuk meraikan kegembiraan bersama anak kesayangannya...