Rabu, 13 Mei 2009
Happy Wedding Anniversary 13 Mei 2009
Selamat hari ulangtahun perkahwinan untuk diri sendiri dan suamiku Muhd Aznor yang ke 14th. Semoga dipanjang umur, dimurahkan rezeki, diteguhkan iman dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.
Rabu, 6 Ogos 2008
Selamat Jalan
tahniah untuk abang iparku, abg zam kerana dapat menyambung pekerjaan di qata. semoga dapat menempuhi cabaran dengan tabah dan sabar. semoga berbahagia selalu.
Selasa, 1 April 2008
Marking scheme
Ujian 1 telah berlalu. Kini masa untuk guru-guru menanda kertas ujian masing-masing. Alhamdulillah aku telah habis menanda kertas ujian Matematik Ting 3SPE1, 3SPE3, 3PDG2 dan kertas ujian Lukisan Kejuruteraan Ting4 LKTK dan 5AgroTek. Markah pelajar juga aku telah serahkan kepada pelajar. Berjalan lancar! Aku memberikan hadiah kepada 12 orang pelajar yang score A1 dalam mp Lukisan Kejuruteraan Ting 4 dan 5. Pelajar2 sangat seronok bila diberi hadiah. Tujuan aku ialah untuk memberi ransangan dan dorongan supaya mereka sentiasa meningkat prestasi pencapaian. 2 perkara yang aku belum buat iaitu keep in markah dalam komputer dan menyediakan soalan peperiksaan pertengahan tahun Lukisan Kejuruteraan. Tarikh penghantaran sebelum 7 April. So aku kena pulun la ni. Untuk menyedia soalan LK, aku tak punya masalah kerana aku banyak bank soalan dalam autocad. Masalah aku sekarang ialah printer A3 aku baru rosak semalam..Siapa nak selesai masalah aku ni...aku tengah fikir2....
Khamis, 27 Mac 2008
Selasa, 29 Januari 2008
Dreams of 2008
Masa berlalu begitu pantas....pejam celik2 dah nak berakhir bulan Jan 2008. Kini sudah masuk 4 bulan aku bertugas sebagai guru selepas balik dari Peranchis. Dari Smk Seri Indah ke Smk Pusat Bandar Puchong 1 dan kembali semula ke Smk Seri Indah. Ini satu-satunya Smk yang aku sanjungi kerana pentadbirannya yang cekap, guru-gurunya yang berdedikasi dan pelajar-pelajar yang best!
Tugas guru dewasa ini tak dapat disangkal lagi memang mencabar dan tidak ada noktahnya. Pagi urusan kurikulum, petangnya dengan kokurikulum. Ni belum campur dengan part time di Tuition center. Weekday hantar anak ke tuisyen. So kira-kiranya pergi 620 am balik 620 pm. Ini tidak termasuk dengan cabaran dari ibubapa. Untuk menjadi guru memerlukan persediaan fizikal dan mental. Ketabahan, kecekalan dan keikhlasan perlu ada pada diri setiap orang yang bernama guru.
Aku perlu menghadapi segalanya...alhamdulillah kerana aku seorang daripadanya...

Jumaat, 20 Julai 2007
Special day 20-07-2007
Year come & go. But today is a special day. 20072007. Double match. It happens only once in a lifetime. So I wish a very Wonderful Day for all my friend....
.....May Allah bless you.....
.....May Allah bless you.....
Langgan:
Catatan (Atom)