Selasa, 3 Julai 2007

Imbasan < Le Cours de Francais 31 Okt 2006

Foto bersama Prof Karrine, Wong, Wei, Lucian, Martha nd anak2nya. Claudia tidak ada dalam foto.
Semasa itu kandungan aku 8 bulan 5 hari. Hari itu merupakan hari terakhir aku di class francais. Aku berada di class itu hanya 48 hari sahaja. Kemudian, aku mengambil keputusan untuk menamatkan class francais disebabkan kesaratan aku nd kepayahan aku...kerana Amira
terpaksa tinggal keseorangan di apartment...tiada sesiapa untuk menjaganya. Pada hakikatnya aku berhasrat utk meneruskan class itu sehingga ke saat2 akhir...aku bersalin.

Aku kasihankan Amira...so aku membawa dia selepas sebulan menghadiri class francais itu. Kehadiran Amira dgn sedikit sebanyak mengganggu class aku. "Tak ngapalah sayang....Ibu perlu berkorban untuk menjaga Amira. Ibu sangat bertuah krn... selama ini Amira sanggup berkorban untuk ibu...Amira sungguh berani, sabar, tabah nd bertanggungjawab". Aku menempatkan Amira di bilik Bibilio, bersebelahan dgn class aku. Dia cuma sempat bersama aku hanya 2 minggu shj. Kemudian....selamat tinggal class, selamat tinggal prof, selamat tinggal kawan2......anda semua sangat best!...
Aku tidak dapat melupakan saat2 itu....amat manis...

Tiada ulasan: