Sedikit demi sedikit aku mempelajari internet...jika tidak faham `word'2 nya aku carilah dalam kamus. Aku mula surf ni semasa suami aku membeli `internet link card-Buffalo High Power' dari seorang member Miat yang dah balik M`sia. Apa yang aku search dari google semuanya aku dapat. Rupa-rupanya terlalu banyak info yang bagus2. Sebelum ini tak pernah membaca berita dari M`sia, so sekarang sudah tidak lagi...dengan mudah aku boleh membuka Utusan, Berita dan Harakahdaily. Sungguh menakjubkan bagi aku!!! Dari situ juga aku boleh mencari resepi2, mencari info terkini negara2 islam spt Palestin, Iran & Iraq dll. Aku tidak ketandusan ilmu lagi...sejarah-sejarah 25 Rasul dll dah dapat aku baca. Kegemaran surfing ini telah menjadi2 apabila `signal strength' begitu baik di kala ini. Tidak cukup dengan membaca dan mencari info terbaru, aku juga dah pandai surf movie & music. Dengan saluran `youtube' aku boleh mendengar banyak lagu-lagu kegemaran seperti nasyid dan hindi. Filem2 `uk' juga dapat aku tengok tetapi kena pilih2 supaya tidak terpilih filem yang boleh merosakkan aqidah. So yang terkini...bulan jun ini...aku didedahkan dengan `yahoo messengger' oleh seorang member M`sia di IAS ni. Aku tidak tahupun!....apa tu...memang betul2 spt `katak di bawah tempurung' kerana dunia aku tidak pernah terdedah dengan benda2 macam tu..begitu juga dengan internet ni...Hem beruntung aku...ada seorang lagi member....dia datang menziarahi aku sekeluarga. Kesempatan masa yang ada, aku meminta dia mengajarkan macamana nak ber`chating' dengan `ym'. So pandailah aku....terima kasih member2!!! Hah yang terbaru lagi...member aku memperkenalkan & mengajarkan suatu `benda baru' yang boleh `publish, posts photo, talk dll' secara senang...ya...`blogger' la...Aku sangat excited apabila mengetahui kemudahan `blogger' ni. So terciptalah satu blogger aku sendiri. Dengan adanya blogger ini aku tidak merasa `boring' lagi... Aku akan belajar perlahan2 sampai expert. Terima kasih weeda........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
aja aja fighting!!
yeh ah...
Catat Ulasan